Tuesday, April 12, 2011

Ibu Muda atau Kurang Akal Pemikiran ya..??


Mereka Tidak Bersalah....

Tajuk diatas pasti menjadi tanda tanya apakah isi dalaman yang bakal I cerita kan....Haa...Ni sebenarnya nk menceritakan pengalaman I hari tu...

Dekat tempat kerja I ni ade satu tandas yang berdekatan sangat dengan tempat yang dikira pejabat bagi pekerja bahagian bagasi macam I ni... Jadi, ade satu masa ni, tandas perempuan die dalam renovation dan penumpang semua terpaksalah menggunakan tandas lain... Pekerja macam I ni boleh la mengelat curi-curi pakai tandas OKU kalau dah tak tahan sangat...(I mengaku ni..)

Sementara menunggu seorang penumpang yang terlepas menggunakan tandas OKU tu, I pon mengambil kesempatan yang ada untuk melihat gelagat orang lain. Akhirnya I tertarik melihat seorang ibu muda bersama seorang anak perempuannya.

Tiba-tiba dia menyuruh anak perempuan nya masuk ke dalam tandas lelaki...LELAKI...!! Oh tidak.... Tak dapat I bayang kan ape yang akan dilihat oleh kanak-kanak yang hanye berumur kurang dari 8 tahun itu bila masuk ke tandas lelaki yang ramai tu.. Bukan nak berfikir lucah, tapi cuba bayang kan kita berada ditempat budak sekecil itu. apakah yang terlintas difikiran anda..?? Melihat benda-benda yang tidak sepatutnya. Astagfirullah... Lama menunggu keluarnya budak yang lebih kurang 8 atau 7 tahun itu, rupa-rupanya adik kepada budak perempuan lebih kurang 5 atau 6 tahun berada didalam tandas tersebut. Lagi melopong mulut I bila tau yang berada dalam tandas itu budak yang baru nak membesar..Yang perlukan didikan yang betul. Cuba bayang kan apakah yang akan dilakukan oleh budak sekecil itu bila die membesar.. Adakah dia akan dapat bezakan perkara yang baik dah buruk jika dia tidak diajar untuk membezakan perkara yang asas dengan perbezaan jantina...?

Permasalahan yang berlaku pada remaja sekarang, tidakah anda terfikir berkaitan dengn perkara yang sebegini..?? Renung-renungkan, dan selamat beramal... =P

No comments:

Post a Comment